Pages

Friday, September 4, 2015

PERUT

Sekembalinya aku dari Hutan Melintang semalam, aku terkenang sahabat-sahabat lama yang sudah tidak menghubungi aku atau aku tidak menghubungi mereka. Rindu kembali mendakap diri ini, persis tidak mahu melepaskannya. Kerinduan ini membuatkan diri menjadi penat dan letih. Tidak menghapakan perasaan ini, aku ke kamar tidur lebih awa dari waktu biasa. Ianya berjaya membawa diri aku ke alam tidur  secukupnya.

Sewaktu masih berada di Hutan Melintang; aku berbual-bual dengan sahabat lama yang sedari 2010 tidak ketemui dia. Cerita dari satu topik hingga ke topik-topik yang tidak diduga keluar dari mulut ini seperti kopi yang enak diminum. Satu topik yang terkeluar dari sanubari ini leat dalam ingatan dan terimbau-imbau semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat dan seterusnya ke rumah. Benarkah isi perbualan ini keluar dari mulut aku...... Betul ke?  atau salah ke? ...... semuanya berlegar-legar bermain dalam kepala aku.

Semasa aku baru berumah tangga, aku pernah berurut di Kuala Kangsar. Aku berjumpa Mualim Hj Abdullah...... di rumahnya aku diurut...... khususnya perut.. Masya Allah ..... angin pahit keluar berlepus-lepus...... baunya ......eheeeeeemmmmm.....

"Jaga perut." kata arwah mualim. "Perut adalah tempat berpuncanya segala penyakit," tambah beliau. Kata-kata itu masih lagi aku ingat.....Timbullah cerita tentang perut ini di Hutan Melintang. sahabat aku mengingatkan supaya sentiasa ambil bahan makan yang tidak syak.......... Ia memang betul kata sahabat aku..... Aku sememangnya sudah bertahun-tahun tidak makan ayam kenta....... pizza........ Mc d...... dan yang lain-lain...... dan baru-baru ini aku sudah tidak makan ayam pasar atau yang diternak dalam skala besar ( ayam cucuk )..... sudah lapan bulan lalu.... sebab tak tahan bau nya...... tambahan lagi hormon suntuk mendap dalam usus aku..... bertahun-tahun nanti..... heeeee.... geli dan ual selera aku.......

Makanan yang subahat atau yang tidak halal sama bahannya atau cara mendapatnya akan membuatkan hati gelap. berat hati untuk menghafal al quran..... yang paling menakutkan ialah zuriat kita............. aduh....... fikir-fikirkan.....

Wednesday, August 26, 2015

SALAM

Asm..... Hari demi hari mendatang kini bukan lagi menyenangkan. Hari-hari perasaan kian cemas memikirkan usia semakin meningkat dewasa dan di lain lebaran perkhidmatan kita sudah tidak diperlukan lagi ... ini bermakna kita bersara wajib..... aduhhhhhh...... dikala negara dilanda bermacam-macam masalah menakutkan den.... diumpamakan bagai air yang tenang di permukaan sebaliknya bergelora di dasarnya.....

Kejatuhan nilai ringgit, tambah menyesakkan nafas... Aduhhhh bagaimana anak-anak kita yang berlajar di UK, US, Aus, Nz dan lain-lain negera yang mata wangnya stabil....... Tentunya ibubapa di sini akan menambah wang perbelanjaan untuk menampung pertukuran matawang tersebut..... Sedangkan kita kat sini menanggong banyak lagi bebanan..... Anak ramailagi  bersekolah disini.... bukannya percuma....... kemasukkan anak kesekolah berasrama penuh paling kurang keluar duit sebanyak seribu lebih...... itu pun jimat-jimat...... seorang. Belanja harian bertambah 6%. Takrif kena juga dilunaskan Alahai........... kita jadi maknusia ala zaman feidalisme dulu......

Tak payahlah kita berbangga dengan pendapatan lebih...... duit yang kita perolehi berada dalam tangan kita untuk tempoh beberapa hari sahaja..... selepas itu jadi punyaan orang lain...Sesak-sesak kita di tanah air sendiri..... Tambah sesak nafas apabila berasak menaiki komuter dengan bangsa pendatang yang meragut sedikit demi sedikit nikmat negara. Kaum pendatang ini telah berniaga dikampung, bandar kecil malah di bandaraya. Kita tidak selamat dengan perilaku dan budaya pendatang ni

Den pernah ke Saudi Arabia.... semasa di Lapangan Terbang Jeddah...... Ada laluan khas untuk warganegara...... Pengunjung macam den nak buat umrah beratur panjang menanti giliran... 2007 kali pertama kali kedua 2009 pun macam itu dan yang terkini 2015 masih lagi warganegara didahulukan... Sedihnya jika den pandang negara den sendiri seperti "Kera di hutan disusukan.............." Bukan mohon simpati...... tetapi mohon kita sama-sama renongkan benar atau salah.....

Sekian.